Monday, September 28, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri... 2009

Assalamualaikum...
Raya kali ni kurang meriah laa.. 'coz kakak2 di KL ngan T'ganu x balik.. so kat umah mak, x ramai cam selalu.. x heppening sgt..
Selalunya, malam raya akan riuh dgn suara2 gelak ketawa girls kat umah yg sibuk nak berinai.. lagipun suasana raya kurang terasa tanpa kedengaran suara si Fatin yg x de kat Mesia nih.. kalo dia ada.. suara dia je yg lantang bergaduh ngan kakak dia.. yea laa.. bila kita suh dia org ni buat keje, dia org akan suh org len plak yg buat.. masing2 akan kata dia org dah buat keje lain.. n org len x buat keje lagi.. hmm.. anak2 zaman sekarang..
berkira sungguh dgn kuderat tenaga yg nk dicurahkan tuk keluarga sendri.. hehe..
ok, berbalik pada si Fatin.. tahun ni, for the 1st time dia beraya di perantauan.. sure sedih dgr lgu Dendang Perantau.. cian si Fatin.. 4 Fatin, ni ada pic raya yg atin nk tgk.. nnt maksu upload lg dlm fs k..











Selamat Hari Raya Aidil Fitri...
Maaf Zahir & Batin..

Gettherin' buka puasa X-Razak Reka..

Me & Zie

My family

Assalamu'alaikum..
hi guys.. lama tul x update blog ni kan?? sori lah.. lately ni bz laa... tambahan pulak kemalasan menguasai diri..

seminggu b4 raya we all ada buat getterin buka posa wif member opis razak reka dulu.. 4 org jer yg free.. lelainnya jauh sgt.. x tersampai kot.. yang ada cuma Halim E & wife, Dasri & wife + son, Anas.. Zie & husband + daughter, Dina and My family..

Walaupun x ramai, tp meriah gak la bila masing2 dah ada anak2 nih.. Riuh dgn karenah si comel.. walaupun hanya 3 org si comel, tp diorang ni pandai beraksi.. yg paling mesra camera, sapa lg.. anak aku lah.. Daniel tu.. Pantang org nak snap ja, dia lah yg plg sibuk.. Anak Zie pun x kurang hebatnya.. tp anak Dasri pemalu sket.. asyik nak berkepit ngan ayah dia jaa...

Apa pun, thanks coz sudi gak meramaikan majlis nih.. (majlis ker??) hehe.. Hopefully, next time leh buat lg n harap2 lebih ramai lagi lepas nih..

Thursday, July 2, 2009

Family Day BPF, UiTM KEdah @ The Carnival Water & Excitement on 20 June 2009

Assalamualaikum wr. wb..

hye guyz.. lame x post dlm ni kan?? nk but cam ne.. cbuk la.. lg pun de ape2 event pun.. sbb tu lah diam jer.. NO IDEA!!.. tp kali ni ada sket event yg dah lama brlalu tp baru nk post.. sikap malas tu salah 1 punca utama sbb lmbt upload pic and crita nih.. tgk tajuk pun korang mesti dah leh agak kan??

ni haa.. opis kita org ada buat some event hari satu 20/6/2009 lepas.. arghh.. malas nya nk menaip.. korang tgk je lah pic yg aku upload ni.. malas tahap gaban dah ni.. nape ntah.. nk kena g cari ubat bg rajin lah.. korang ada ubat tak??

help!!!!!!!!!




Monday, June 8, 2009

The Real UPIN & IPIN....

hi.. saya upin.. ni adik saya , ipin.. ini kesah kami berdua..
betul, betul, betul...
haa... ingat tak dialog tu.. mesti lah kan.. diorang ni comel kan..
haaa... ni ada sepasang kembar.. The Real UPIN dan IPIN...

sama tak??? hehe.. cian budak2 tu...

Harga sebuah kereta dan ANAK...

ingatlah.... . marah mcm mana sekalipun, jgnlah bertindak keterlaluan. ......... ....

Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar - meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun.. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk
bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.


Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar,lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke
tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam. Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si
pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit, "Siapa punya kerja ni?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan "Tak tahu... !" "Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.
Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.... cantik kan !" katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.


Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.

Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.. Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik. Dilihatnya tapak
tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis. Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan
kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.


Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak... Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak. Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar
anaknya.


Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam.... " jawap pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu.." balas si ibu.. Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula
pintu.


Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap.." kata majikannya itu. Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.

Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.. "Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk. "Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah.." kata doktor. Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.

Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih. Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis..

Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata..
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria. "Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi! Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi..." katanya bertalu-talu. Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


ANTARA ANAK DAN KERETA...YANG MANA LEBIH BEHARGA...???

Lu pikirlah sendiri!!