Thursday, February 5, 2009

8P Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

1. P yang pertama ialah ‘Puji’. Iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan dan ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘Peluk’. Yang mana pasangan suami isteri hendaklah salalu peluk memeluk antara satu sama lain pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘Penghargaan’. Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘Perhatian’. Yang mesti diambil berat kerana kekurangan kasih sayang boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘Persefahaman’. Kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘Pergaulan’. Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘Percutian’. Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘Permohonan’. Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayng antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.


Ustzah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selapas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan perasaan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membaca ayat ke-200 surah yang sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan yang mengabaikan tanggungjawab pada agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwanya kosong.

‘Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab keluarga.’ katanya.

No comments: