Thursday, April 9, 2009

Kisah Ringkas Kejadian Nabi Adam A.S....


Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam. Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail... Jawapan bumi masih sama lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak berganjak.Masing- masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur. Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia. Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.

Jenis tanah yang digunakan :
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if

Menurut IBNU ABBAS:
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9. Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan, ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan berdoakan kepada Tuhan.

Proses kejadiannya :
1. Ketika Allah jadikan Adam, tanah itu dicampur dengan air tawar, air masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur (cahaya) kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah- Nya" iaitu sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh, ketika itu diperintah masuk ke dalam tubuh Adam, ia merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itu pun masuk dan menyerah kepada Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga, sangat baik sekali kulitnya. Tidak seperti warna kulit manusia. Kerana Adam telah diturunkan ke dunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya. Sebagai pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia. Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam, tetapi warna kukunya adalah sama, ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga atau liang. Tujuh buah liang di kepala, dan dua buah liang di bawah badan letaknya.
7 buah liang letaknnya :
1. Di Kepala ialah 2 liang mata, 2 liang telinga, 2 liang hidung dan sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur.
Dijadikan pula lima buah pancaindera:
a. Mata alat penglihatan
b. Hidung alat penciuman
c. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
d. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus, kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam. Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik ke kiri, ke kanan dan ke bawah di mana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah keras. Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai ke hidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah ajarkan padanya ucapan 'Alhamdulillah'. Itulah ucapan Adam pertama kalinya kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti: "Semoga engkau diberi rahmat Allah".

Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan "Yarhamukallah" . Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras. Di sini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar). Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka tergesa-gesa" .(Al-Israk: II)
Maka ketika roh itu sampai di bahagian perutnya, maka terjadilah susunan isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna, yang mana kulit itu kian lama kian cantik dan halus.

Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang pertama. Wajahnya cukup cantik, semua malaikat berasa kagum melihat Adam yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama 100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama hinggalah ke langit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam dijadikan."

Wallahualam. ..

Wednesday, April 8, 2009

20 -22 Mac ESQ 165 Excecutive Training @ Politeknik Seberang Prai

Assalamu'alaikum.. hye everyone.. lama x update blog.. sori, bz sket.. hmm.. u all taw tak apa ESQ 165 tu?? haa.. ni nak citer sket.. ESQ 165 ni satu kursus kerohanian berdasarkan 6 Rukun Iman dan 5 Rukun Islam.. tu lah 165.. 1 Ihsan 6 Prinsip 5 Langkah.. Program ni diasaskan/ diilhamkan oleh Pak Ary Ginanjar Agustian dari Indonesia dan beragama Islam.. apa yg menjadi rujukan Pak Ary dlm pencarian ni adalah Al-Quran..

(peserta bersama trainer..Pak Legisan Sugimin, Pak Rashyid dan En. Muhamad Akmal..)

mmg best kursus ni.. bg yg da pernah pegi, tahulah.. actually kursus ni bkn para alim ulama' yg jd trainer.. tp hamba2 Allah yg diberi hidayah dan sedar yg rukun iman dan rukun islam tu sememangnya prinsip dan langkah yg terbaik dlm hidup manusia.. terutama yg beragama islam..
x leh nak explain byk2 kat sini 'coz kursus ni bukan ada nota or slide2 yg perlu dicatit or dihafal.. kursus ni adalah 1 pengalaman.. so, u hav 2 feel the experience.. rasai sendiri..
bila pegi kursus tu, kalo Allah nak kurniakan hidayah-Nya pada kita, insyaAllah.. kita akan dpt.. dan kita akan rs seperti kita baru dilahirkan ke dunia.. ada juga bangsa2 lain like chinese n indian turut serta.. diorg sedar ttg kepimpinan yg diterangkan.. n jgn terkejut jika sy katakan.. ada peserta bukan islam yg dikurniakan hidayah dr Allah.. dan akhirnya mereka mengucapkan syahadah.. tp bg yg beragama Islam, mmg ada diantara kita yg kita Islam hanya pada nama dan keturunan.. tp tidak di hati.. u all faham tak apa yg igin sy sampaikan?? sy tekankan sekali lg.. kurus ni bukan kursus keugamaan..
(dari kanan: kak yati kolej, kak B, me, kak yati steno HEP, zura n kak lida)
sebenaqnya kursus ni berkaitan dgn kepimpinan..x kira diri sendri or organisasi.. berkaitan dgn leadership.. semua bangsa n agama di dunia ni sebenaqnya menekankan nilai2 murni yg sememagnya ada dlm diri setiap manusia.. cuma apa yg jd, hati manusia tu tertutup dgn perkara2 yg menghitamkan hati.. sbb tu ada yg sggup buang ank.. sumbang mahram.. ank derhaka dll..
(salah satu game yg punya motif tersendiri.. mmg best.. me second dr kiri..)
bg u all yg nk pegi just layari website : http//www.esq.com.my... tgk jadual kursus bg area u all n just make a call to the company.. mmg fees dia mahal sket.. tp bg sy x rugi kalo byr byk cam tu.. sbb apa yg akan kita dpt x boleh dinilai dgn wang ringgit.. lu pikirlah sendiri!!
Demi Matahari
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengelilingi
Demi siang bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada dihamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya
Allah... Subhanallah..
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang menyucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya
Subhanallah..
Ikrar 165
Ikrar k'satria ESQ.. 165..
1 Hati
6 Prinsip
5 Langkah
1 Hati Ihsan Perbuatanku
6 Prinsip
Allah tujuanku
Malaikat mencatat perbuatanku
Nabi dan Rasul teladanku
Kitab suci pedomanku
Hari kemudian cita-citaku
Ikhlas dan tawakal sikapku
5 langkah Pengabdian
Kepada Allah syahadatku
Solat gerakanku
Puasa bentengku
Zakat keluarkan potensiku
Haji derap langkahku
Kamilah K'satria 165!!

Thursday, March 5, 2009

Berdasarkan Kajian 25 thn Dato' Dr. Fadzilah Kamsah


MAC

- Berpesonaliti yang menarik dan menawan > yea ke?? (^_~) macih Dato..
- Mudah didampingi
- Sangat pemalu dan pemendam rasa
- Sangat baik secara semulajadi(jujur,pemurah dan mudah simpati)
- Sangat sensitif kepada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran
- Suka pada kedamaian
- Sangat peka kepada orang lain
- Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain
- Tidak cepat marah dan sangat amanah
- Tahu balas dan kenang budi
- Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam
- Bijak dan daya ingatan yang sangat tajam
- Kecenderungan untuk berdendam kalau tidak dikawal
- Suka berangan-angan
- Suka melancong
- Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi
- Kelam-kabut dalam memilih pasangan > ??? x kot.. hehe
- Suka dengan hiasan rumah tangga
- Punyai bakat seni dalam bidang muzik.
- Kecenderungan kepada benda yang baik (istimewa)
- Tidak terlalu moody

Thursday, February 19, 2009

busy nyer!!!!!

Assalamu'alaikum..
hye everybody..
miss u guys, lm x update blog..
bz la semenjak 2 menjak nih.. byk drawing nk kena siap ni..
target kena siap 10 projek b4 Jun ni.. sbb tu lah..
ni pun menyelit sket..

ok lah, c u next time..

~ponin' dah kapla den nih.. cam nak je borrow tgn si saraswathy or sape2 yg byk tgn..~
hehe..
asthaghafirullah....

Thursday, February 5, 2009

8P Untuk Kebahagiaan Rumahtangga

1. P yang pertama ialah ‘Puji’. Iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan dan ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘Peluk’. Yang mana pasangan suami isteri hendaklah salalu peluk memeluk antara satu sama lain pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘Penghargaan’. Di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘Perhatian’. Yang mesti diambil berat kerana kekurangan kasih sayang boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘Persefahaman’. Kerana sebagai manusia yang berkerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘Pergaulan’. Iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘Percutian’. Di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘Permohonan’. Iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayng antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia.


Ustzah Siti Nur Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selapas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan perasaan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membaca ayat ke-200 surah yang sama.

Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumahtangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah.

Katanya, apabila seseorang insan yang mengabaikan tanggungjawab pada agama, dia akan mengabaikan rumahtangga kerana jiwanya kosong.

‘Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai-berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab keluarga.’ katanya.